Datu dalam masyarakat Kristian Filipina semasa penjajahan Sepanyol Datu

Apabila Filipina dikristiankan, ramai datu-datu yang ikut sama. Datu-datu ini diberikan hak untuk memerintah kawasan-kawasan mereka di bawah naungan Kerajaan Sepanyol menurut undang-undang yang dimeterai oleh Raja Philip II. [2] Raja Philip II juga menitah bahawa datu-datu ini harus diberikan penghormatan yang sama seperti sebelum mereka menjadi penganut Kristian. Datu-datu yang telah dikristiankan ini menjadi institusi memerintah yang elit dan eksklusif yang dipanggil Principalia, di perbandaran-perbandaran Filipina Sepanyol.

Berkaitan